1.Bila sorang wanita mengatakan dia
sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang
menangis di dalam hatinya.
2.Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu
menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya
semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3.wanita sukar nak cari benda
yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang
patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4.Sekiranya sorang wanita
jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya
walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5.Bila lelaki yang dia
suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!
6.wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima
pujian. 7.Jika kamu tidak suka dengan lelaki yang sukakan kamu separuh
mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam
diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan
lakukan apa saja.
8.Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas
kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin
menganggap dia seorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9.wanita suka
meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi, lukisan dan tulisan adalah cara
termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10.Jangan sesekali beritahu wanita
yang mereka ni langsung tak berguna
11.Bersikap terlalu xambil kisah boleh
mematikan mood wanita.
12.Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam
memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan
bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang
diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua
rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13.Sekuntum senyuman memberi seribu
erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
14.Jika kamu menyukai sorang
wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu
dengan lebih mendalam.
15.Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap
kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16.Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan
darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17.Jangan sesekali mengagak apa yang
dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
18.Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan
sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19.Kalau
kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang
wanita,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20.Bila setiap
kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang
berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
21.Bekas
teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya
sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22.Satu ucapan
‘WOI’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23.Teman baiknya saja yang tahu
apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24.wanita paling benci lelaki yang
berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling
cantik.
25.Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa
sebarang kompromi. 26.Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka
sepenuh hati..
27.Senjata wanita adalah airmata!!
28.wanita suka jika sesekali
orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah, bunga atau sekadar
kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya
dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29.wanita
mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik
terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...
30.Sebenarnya
mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai
dan disayangi sepenuh jiwa..
-END
menarik sangat2...
BalasPadamthanks...jom kongsi
BalasPadam